Jan 10, 2010

Pemikiran... Asia.. putih..

Saya terbaca sesuatu yang sangat menganggu fikiran saya.
Gambar orang putih dengan perempuan berpakaian seksi dan menyandarkan tubuh, dengan pernyatan, 'pernahkah saya mengatakan bahawa saya suka Asia?'

Pernyataan itu seperti menggolongkan semua perempuan Asia dalam golongan perempuan murahan.

Saya di sini ingin menegaskan bahawa bukan semua perempuan Asia akan tertarik kepada kamu hanya kerana kamu ialah orang putih! Jangan ingat perempuan Asia senang diperoleh!
____________________________________________________________________________

Muka saya seperti orang Cina, selalu senang dipandang rendah apabila ke luar negara.

Oleh kerana, hampir di semua negara, terdapat orang Cina yang berasal dari China yang bekerja/terperangkap dalam industri seks.

Pernah sekali, saya di Johannesburg, Afrika Selatan, apabila saya bertanya kepada tauke kedai, 'adakah bank HSBC di sini?' Pandangan dan senyuman sinis yang diberikannya kepada saya, seperti saya bodoh. Mungkin dia fikir HSBC ialah bank yang kecil dan hanya ada di negara saya.

Perasaan dipandang rendah sangat susah ditelan. Perasaan itu seperti menukarkan saya menjadi seekor semut yang boleh mati dipijak kaki.

Setakat ini, nasib baik tidak orang yang menujukan soalan ini:
"Girl, how much?"

No comments: